Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
YAN, 9 September – Syabab Care Malaysia meneruskan lagi usaha menyampaikan sumbangan buat mangsa banjir lumpur, kepala air di Gunung Jerai bagi minggu kedua misi bantuan mereka di sana.
Menurut Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar yang juga merupakan penggerak utama Syabab Care bahawa mereka telah menyerahkan beberapa pek barang-barang keperluan harian kepada penduduk kampung di sekitar Yan.
“Sedih mendengar kisah mereka yang kediaman rosak akibat lumpur masuk sehingga ke dalam kawasan rumah”, katanya.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada para penyumbang yang telah menginfaqkan harta masing-masing melalui Syabab Care Malaysia.
“Kami telah menunaikan amanah sumbangan kalian kepada semua yang memerlukan di sini”, katanya. Terus menyumbang bersama Syabab Care Malaysia.
“Anda sumbang kami sampaikan”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor