Home Berita PAS Pulau Pinang

SURI Pulau Pinang Beri Sumbangan Enam Lori Tanah Atasi Masalah Becak

2448
SHARE

Oleh : UMMU AL-FATEH

KEPALA BATAS: Kawasan berlopak sekitar Lorong Haji Abdullah di Pongsu Seribu sering menimbulkan masalah kepada penduduk berhampiran terutama ketika berlaku hujan lebat yang berterusan.

Keadaan laluan yang lebih baik adalah amat diperlukan kerana lorong tersebut menjadi laluan harian penduduk setempat untuk keluar ke kawasan lain.

Atas rasa tanggungjawab meringankan kesulitan, NGO Persatuan Kebajikan Suri Prihatin (SURI) tampil membantu dengan pemberian sumbangan enam lori tanah pada 20 Disember lalu bagi menambun kawasan lorong yang mengalami masalah becak.

Wakil SURI, Maziah Khamis berharap sumbangan ini dapat membantu penduduk setempat terutama ibu bapa yang akan menghantar dan mengambil anak-anak dari PASTI dan juga Sekolah Rendah Agama Al Hidayah pada awal persekolahan tahun hadapan.

Ini adalah salah satu contoh aktiviti SURI yang prihatin dengan keperluan kebajikan masyarakat terutamanya kepada golongan wanita di daerah Seberang Perai, Pulau Pinang.