Home Berita PAS Pahang

Surau Desa Jaya dinaik taraf

249
SHARE

Oleh: HASLILAWATI ABDULLAH

KUALA KRAU, 1 Ogos :: Seringkali surau yang asalnya dibina kecil terpaksa diperbesarkan kerana bertambahnya bilangan jemaah yang hadir untuk beribadah.

Kerap terdapat permohonan daripada penduduk di sekitar surau yang kecil terhadap pihak berwajib bagi memperbesarkannya untuk memberikan mereka keselesaan menunaikan ibadah di dalamnya.

Demikianlah yang berlaku kepada Ahli Dewan Negeri Jengka, YB Ustaz Shahril Azman, yang telah menerima kunjungan Pengerusi Surau Desa Jaya, Ustaz Deraman Dris di pejabat beliau di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Jengka, pada 28 Julai lalu.

Kunjungan itu adalah untuk membentang dan membincangkan tentang projek naik taraf Surau Desa Jaya yang terletak di Bandar Pusat Jengka.

 

Projek itu dianggarkan menelan belanja sebanyak RM1 juta dan dijangka siap sebelum Ramadan 1443H nanti. Apabila projek itu selesai nanti surau itu boleh memuatkan seramai lebih kurang 500 orang jamaah dalam satu-satu masa.

Menurut Shahril, beliau telah menghubungi Pegawai Daerah Maran, Saharudin Jali dan mendapat maklum bahawa pelan projek naik taraf surau tersebut telah diluluskan oleh pihak Majlis Daerah Maran.

“Projek ini sangat baik bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada ahli jemaah bahkan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara jemaah sama ada di dalam dan luar kawasan Jengka.

“Seterusnya, Surau Desa Jaya ini bakal menjadi pusat kegiatan masyarakat setempat untuk menjalankan program ceramah dan sebagainya,” ujar Shahril.

Dalam pada itu, Pengerusi NGO Amal Prihatin Abdul Fataf Jaafar memaklumkan setakat ini sebanyak RM40,000 wang sumbangan penderma telah terkumpul melalui tabung infaq khusus untuk surau itu. Kos pembinaan selebihnya akan ditaja oleh seorang jutawan Jengka.

“Buat sementara waktu ahli jamaah terpaksa mendirikan solat di dalam dewan kerana surau lama telah pun dirobohkan,” kata Abdul Fataf.

Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah” dan di dalam hadis riwayat Tarmizi pula mengatakan, “Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api”.

Sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah terus ke akaun Surau Desa Jaya, Bank Rakyat 1100306863.