Home Berita PAS Pahang

Sump bahaya telah selesai – laluan ke kebun kembali selamat

30
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

Temerloh, 8 Mei – Aduan mengenai struktur sump yang membelenggu penduduk setempat, berisiko dan mengganggu pengguna jalan di Kampung Kujan kini telah selesai ditangani masalah.

Ahli Parlimen Temerloh YB Hajah Salamiah Mohd Nor, sebelum ini telah turun padang bersama wakil agensi teknikal serta penduduk kampung bagi meninjau keadaan sebenar di lokasi berkenaan dan tindakan segera telah disusuli dan mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkuasa dan pemantauan bersama.

 Terdahulu, penduduk Kampung Kujan menghadapi kesukaran untuk ke kebun kerana laluan utama telah rosak teruk akibat keadaan sump yang tidak selamat. Hal ini bukan sahaja menjejaskan aktiviti harian penduduk, malah turut membahayakan keselamatan pengguna jalan tersebut.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak Malaysia Rail Link (MRL), Jabatan Kerja Raya (JKR), dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) atas tindakan pantas dan kerjasama yang sangat baik demi menjamin keselamatan penduduk dan pengguna jalan di kawasan ini.

“Saya amat menghargai usaha bersepadu semua pihak dalam menyelesaikan isu ini. Ia mencerminkan komitmen kita bersama untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Temerloh sentiasa terjaga,”kata Salamiah Mohd Nor.