Home Berita PAS Selangor

Sumbangan set kelengkapan pengurusan jenazah Covid-19 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat

244
SHARE

May be an image of text that says "PPE OOYZE /Youth4Green Sumfangan SET KELENGKAPAN PENGURUSAN JENAZAH COVID (PP+ DEAD BODY BAG DEWAN PEMUDA PAS KUALA LANGAT menjemput semua pihak untuk bersama berganding bahu bagi mengumpul sumbangan bersama untuk meringo meringankan beban pengurusan jenazah COVID 19 ini. Bagi yang berhajat untuk memberikan sumbangan boleh disalurkan ke akaun: Maybank DEWAN PEMUDA PAS KUALA LANGAT 5620 5806 0464 REFERENCE :PPE DEAD BODY BAG 019 275 8244 NIZAM DEAD BODY BAG"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kuala Langat | Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan berbentuk set kelengkapan pengurusan jenazah. Inisiatif ini diambil melihat perkembangan semasa bilamana peningkatan kes yang meningkat naik dan kematian yang bertambah saban hari amat merisaukan pelbagai pihak terutama kerajaan dan barisan hadapan Malaysia.

Pengurusan kematian jenazah orang Islam yang memerlukan kelengkapan dan kos yang tinggi juga memerlukan perhatian orang awam untuk bertugas dalam musim pandemik Covid-19 ini. Oleh yang demikian keperluan set pengurusan jenazah Covid19 sangat mendesak pada ketika ini.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Kuala Langat menjemput semua pihak untuk bersama berganding bahu bagi mengumpul sumbangan bersama untuk meringankan beban pengurusan jenazah Covid-19 ini.

Untuk yang berhajat untuk memberikan sumbangan boleh disalurkan ke akaun :

Akaun       : Dewan Pemuda PAS Kuala Langat
Bank         : Maybank
No. Akaun : 5620 5806 0464

Sumbangan akan diserahkan kepada wakil pengurusan jenazah Covid19. Sebarang pertanyaan dan maklumat bolah menghubungi talian berikut, 0192758244 ( Nizam )
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor