Ruangan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor Prof Madya Dr Fuad Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi
Shah Alam | Kurang lebih 20 hari semenjak serangan cara kezaliman dan kehancuran oleh tentera Zion1s Isra-el terhadap bumi Palestin pada 26 Ramadhan sehingga sekarang 15 Syawal 1442H telah menyentap perasaan rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada bumi Al-Aqsa itu.
Kini setelah hampir seminggu serangan dihentikan, aktiviti kebajikan untuk membantu perbekalan kehidupan rakyat Palestin hasil sumbangan daripada rakyat Malaysia sedang gigih dilakukan. Melalui wakil Aid4Palestine yang ada di sana seperti Saudara Nadir Al-Nuri dan Sheikh Abu Ayesh Ahmed An Najar melunaskan amanah rakyat Malaysia tersebut.
Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor Prof Madya Dr Fuad Salleh ketika dihubungi memaklumkan bahawa inilah hasil keprihatinan rakyat Malaysia. Memberi sumbangan demi kelangsungan hidup saudara seakidah di sana.
“Sumbangan rakyat Malaysia telah sampai ke Gaza. Jika ada yang bertanya macamana nak hantar. Dan adakah sampai sumbangan-sumbangan tersebut. Pastinya, ini jawapannya berdasarkan apa yang sedang dilakukan di sana”, jelas beliau lagi.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor