Home Berita PAS Selangor

Sumbangan Muslimat DUN Kuang – DMPK Selayang

96
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KUANG, 26 Ogos – Wakil Muslimat PAS DUN Kuang, Puan Azizah Osman bersama Puan Norazlin Md Samsudin wakil Muslimat PAS Negeri Selangor serta Puan Kasmawati Harun Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Selangor telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa rumah terbakar akibat litar pintas di Bandar Tasik Puteri.

Sedikit bantuan telah disampaikan buat mangsa. Bantuan berbentuk bekalan keperluan asas dan sedikit sumbangan wang ringgit telah diberikan. Dikhabarkan bahawa, semua isi rumah selamat tanpa sebarang kecederaan.

Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban tuan rumah dalam usaha membaik pulih rumah mereka dan juga semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan buat mereka yang baru sahaja mengalami musibah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor