Home Berita PAS Selangor

Sumbangan kit bantuan makanan asas kepada yang memerlukan – JAM Kawasan Ampang

186
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Memetik laporan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA), yang telah berjaya sekali lagi menyampaikan kit bantuan makanan kepada 2 buah keluarga yang tinggal di sekitar kawasan Ampang.

Menurut mereka, penerima pertama adalah seorang ibu tunggal yang berumur 36 tahun mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Menumpang sebuah bilik di rumah keluarga beliau di Pangsapuri Pandan Indah. Beliau telah menerima 1 kit bantuan makanan, 3 pampers dan 2 pack susu.

Seterusnya, penerima kedua merupakan sepasang suami isteri yang menyewa di Apartment Mesra Prima, Ampang (RM700.00 sebulan) menjana pendapatan dengan menjual nasi lemak dan kuih muih di tepi jalan. Pasangan ini telah kehilangan sumber pendapatan akibat tidak dapat berniaga ketika pendemik Covid-19 ini. Lebih malang lagi apabila Si isteri telah dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang telah disahkan positif.

Team serahan bantuan ini telah di ketuai oleh Timbalan Komandan JAMKA Tuan Haji Muhamad Fadzil. Jabatan Amal Kawasan Ampang sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang bagi membantu individu-individu yang memerlukan. Semoga dengan sumbangan ikhlas tuan puan dapat kami bantu lebih ramai orang yang memerlukan.

Bagi sesiapa yang ingin menyampaikan sumbangan boleh dibuat ke akaun berikut ;

No Akaun: 8604427663
Akaun : JAM AMPANG VENTURES

Bank : CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor