Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh
Oleh : Umar Al-Hayawi
SUNGAI BULOH, 6 September – YDP PAS Kawasan Sungai Buloh, Ust Zaharudin Mohamad mewakili Pesuruhjaya PAS Selangor menyantuni dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada waris ahli keluarga yang meninggal dunia akibat COVID-19. Sumbangan tersebut tertumpu pada ahli-ahli PAS Kawasan Sungai Buloh.
Pada serahan sumbangan Pesuruhjaya PAS Selangor yang telah diadakan semalam diperkarangan Pejabat PAS Selangor, Ust Zaharudin hadir sendiri untuk menerima sumbangan tersebut bagi menyampaikannya kepada waris ahli keluarga mangsa COVID-19 bagi peringkat kawasan Sungai Buloh.
“Sumbangan ini sedikit sebanyak sebagai tanda prihatinnya PJ PAS Selangor dalam memastikan kebajikan ahli-ahli PAS Selangor terjaga”, kata beliau.
Semoga sumbangan yang telah diserahkan kepada waris-waris ahli keluarga mangsa COVID-19 dapat mengubat sedikit kelukaan dihati mereka dan diberi ketabahan untuk terus menjalani liku-liku kehidupan walau perlu menghadapi ujian kehilangan insan tercinta.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor