Saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia menyatakan bahawa, Team Syabab Care Malaysia telah sampaikan sumbangan kepada 4 buah keluarga yang ditimpa musibah akibat Covid-19 di sekitar Gombak dan Kepong. Ada dikalangan mereka, ibu tunggal yang ditinggalkan suami yang juga merupakan tempat mereka bergantung.
Ada yang diberhentikan kerja dan pelbagai lagi kisah sedih yang menimpa mereka. Bersimpati mendengar khabar ini, Team Syabab Care segera membantu sediakan barangan keperluan harian kepada mereka. “Alhamdulillah, ada rezeki untuk mereka, dapat kami serahkan sumbangan barang-barang keperluan harian kepada mereka”, sambung beliau lagi.
Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga ini di musim pandemik Covid-19. “Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.