Home Berita PAS Selangor

Sumbangan kepada ibubapa PASTI dan mereka yang diberhentikan kerja – Naib KP PAS Selangor

11
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Rakyat yang kini sedang merana menghadapi wabak Covid-19 dengan serba kekurangan. Ramai yang memerlukan bantuan berikutan dibuang kerja, hilang punca pendapatan dan kehabisan bekalan makanan. NGO seperti Syabab Care yang istiqamah membantu dan menyokong mereka yang memerlukan ini.

Saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia menyatakan bahawa, Syabab Care Malaysia dengan kerjasama UMMI Care telah sampaikan sumbangan kepada 3 buah keluarga di sekitar Gombak. Salah seorangnya adalah daripada ibubapa pelajar PASTI yang terjejas pendapatan. 2 buah keluarga lagi terdiri daripada mereka yang diberhentikan kerja akibat PKP.

Menurut beliau, keluarga-keluarga tersebut ada memohon kepada mereka untuk dibantu kerana pendapatan tidak cukup untuk perbelanjaan keluarga. Bersimpati dengan apa yang berlaku, Team Syabab Care segera membantu sediakan barangan keperluan harian. “Alhamdulillah, ada rezeki untuk mereka, dapat kami serahkan sumbangan barang-barang keperluan harian kepada mereka”, sambung beliau lagi

Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga ini di musim pandemik Covid-19. “Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor