Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi
Gombak | Ketibaan bulan Syawal tidak membantutkan dan menghalang kerja-kerja kebajikan diteruskan. Apatah lagi jika terdapat dikeliling kita sendiri golongan yang memerlukan.

Saudara Mohd Fadli Abu Bakar selaku Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turun menyantuni beberapa individu sebagai keprihatinan pihak Dewan Pemuda kepada mereka yang ada di sekelilingnya.

Menurut Saudara Fadli, sebanyak 6 pek barang keperluan harian disediakan untuk diserahkan bagi meringankan beban di Aidilfitri. Walaupun sedikit, namun keikhlasan dan tanda ingatan mampu memberi kegembiraan kepada mereka.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh Saudara Fadli kepada guru-guru di PASTI Al-Badar dan PASTI Az-Zahra di Kawasan Gombak petang tadi. Dengan mematuhi SOP dan tiada apa-apa bentuk majlis, apa yang disumbang dapat disalurkan dan dirasai oleh mereka yang memerlukan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor