Home Berita PAS Selangor

Sumbangan katil dan tilam khas kepada pesakit strok – PAS Kawasan Kota Raja

127
SHARE

May be an image of 2 people and people standing

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | PAS Kawasan Kota Raja menerima maklumat melalui jaringan informasi bahawa terdapat seorang individu yang memohon bantuan untuk pesakit strok memerlukan kelengkapan katil dan tilam yang sesuai dengan keadaannya.

Tuan Haji Yusuf Abdullah dan teamnya selaku penggerak kerja-kerja kebajikan menyantuni pemohon. Tindakan pantas di ambil dan sumbangan katil dan tilam khas telah berjaya diuruskan serta proses penghantaran juga kepada pemohon yang memerlukan di Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam.

Semoga bantuan ini dapat memberi sedikit keselesaan kepada pesakit strok tersebut. Sama-sama kita mendoakan kesembuhan pesakit ini agar cepat sembuh.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor