“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi
Hulu Selangor | Satu program Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Palestin yang dianjurkan oleh PAS Pusat dalam mengumpulkan dana Palestin yang telah diuruskan oleh semua entiti yang ada dalam parti samada diperingkat Pusat, Dewan-dewan, Negeri, Kawasan, Cawangan dan NGO serta individu orang perseorangan telah disempurnakan sebentar tadi.
Bendahari PAS Selangor Tuan Hj Mohd Hasnizan Harun ketika dihubungi bagi mengulas berhubung kutipan diperingkat Negeri Selangor, beliau menyatakan kesyukuran dengan dana yang telah diperolehi serta komitmen luar biasa ahli-ahli PAS Selangor dan seluruh Malaysia dalam menyumbang untuk saudara seakidah di bumi Palestin.
“Dengan kutipan diperingkat PAS Pusat mencecah RM12 juta dan disambung dengan sumbangan fasa ke 2 sehingga akhir Syawal menandakan kesatuan akidah yang diikat antara rakyat Palestin dan umat Islam Malaysia seumpama satu jasad”, jelas beliau lagi.
Beliau seterusnya menyeru agar kebersamaan ini tidak terhenti setakat ini sahaja bahkan melebarkan lagi jaringan sumbangan dana ini dengan lebih meluas disamping doa yang berterusan buat bumi Anbiya’ itu.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor