Home Berita PAS Selangor

Sumbangan buat waris mangsa COVID-19 – PAS Kawasan Ampang

152
SHARE

May be an image of 1 person

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Ampang

Oleh : Umar Al-Hayawi

AMPANG, 8 September – AJK PAS Kawasan Ampang, Ustaz Ikhwan telah menyerahkan sumbangan daripada PAS Selangor yang berbentuk bakul makanan dan wang tunai kepada keluarga Almarhum Hasni bin Kamaludin, ahli PAS Cawangan Ukay Perdana yang terkorban akibat COVID-19.

Semoga sumbangan yang telah diberikan sedikit sebanyak dapat membantu meringakan beban keluarga tersebut sekaligus mengubat sedikit kelukaan di hati ahli keluarga Almarhum dalam terus menghadapi liku-liku kehidupan walau kehilangan seorang insan tercinta.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor