Home Berita PAS Selangor

Sumbangan bernilai hampir RM1 juta untuk Hospital Klang – BPPN Selangor

81
SHARE

Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KLANG, 11 Ogos – Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) bersama NGO PAPISMA telah hadir ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk menyampaikan sumbangan berbentuk 4 unit ‘ICU Ventilator’ yang ditaja oleh Malaysian Rubber Council dan 75 unit ‘Syringe Pump’ yang bernilai hampir RM1 Juta.

YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, selaku Penasihat Khidmat Malaysia Negeri Selangor telah menyampaikan sumbangan ini kepada Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Dr Zulkarnain Mohd Rawi.

Turut bersama Pengerusi KMNS Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh, Pengarah Operasi KMNS Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin, Bendahari KMNS Tuan Rushdan Rusmi, Wakil NGO PAPISMA Dr Hadyan dan Dr Aisyah.

Semoga sumbangan ini dapat membantu dan memudahkan para frontliner dalam urusan memberi rawatan kepada pesakit dengan sebaiknya dan juga semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan kepada para frontliners negara dalam memikul amanah negara membawa kemenangan melawan pandemik COVID-19.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor