Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sabak Bernam
Oleh : Umar Al-Hayawi
SABAK BERNAM, 28 September – Khidmat Malaysia Cawangan Sabak Bernam meneruskan agenda kebajikan dengan menyerahkan sumbangan berupa barangan dapur kepada penduduk kampung yang sedang menjalani kuarantin di rumah.
Sumbangan barangan dapur tersebut termasuk beras, telur, ayam mentah dan juga barangan kering lain.
Semoga sumbangan yang dihulurkan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang dipikul para penerima dan juga semoga mereka dipermudahkan segala urusan dan berada di dalam lindungan Allah SWT.
“Kebajikan Rakyat Diutamakan”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor