Home Berita PAS Selangor

Sumbangan ‘Bakul Prihatin’ diteruskan – DMPK Gombak

61
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK SETIA, 6 Oktober – Dewan Muslimat PAS Cawangan dibawah DUN Gombak Setia, meneruskan lagi agenda mereka dalam membantu penduduk tempatan yang memerlukan bantuan. Mereka telah turun menyantuni para penerima serta menyampaikan sumbangan ‘Bakul Prihatin’ di Sungai Chinchin, Kerdas 1 dan Kerdas 3.

Menurut salah seorang wakil Muslimat PAS Cawangan di DUN Gombak Setia, “Rata-rata penerima merupakan dikalangan mereka yang terkesan dengan keadaan semasa pandemik COVID-19 ini.”

AJK Muslimat PAS Cawangan Sungai Chinchin dan PAS Cawangan Kerdas mengharapkan agar sumbangan kecil ‘Bakul Prihatin’ ini dapat mengurangkan sedikit beban yang dipikul para penerima serta dapat mengembalikan semual senyuman mereka yang telah kabur dengan kesusahan dan kepayahan hidup dikala pandemik COVID-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor