Home Berita PAS Wilayah

Sumbangan ‘Back To School’ PAS Bandar Baru Tun Razak Beri Kelegaan Kepada Ibu Bapa

629
SHARE

Oleh: Cahaya Syuhada’

9 Januari 2021, Bandar Tun Razak: PAS Bandar Tun Razak (BTR) melalui Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Bandar Tun Razak dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen BTR berbesar hati menyampaikan sumbangan Back To School kepada 118 orang penerima.

Anak-anak penerima terdiri daripada pelbagai lapisan keadaan keluarga. Ada yang ibu bapa OKU, ibu bapa berpendapatan terjejas akibat pandemik Covid-19, dan juga anak yatim.

Setiap penerima menerima baucer bernilai hampir RM150 seorang dan juga beg sekolah sumbangan Quality Textile Sdn Bhd. Selain itu setiap penerima diberi sumbangan makan pagi dan tengahari tajaan Kedai Makan Mak Siti.

Majlis telah dirasmikan oleh ahli parlimen BTR, YB Dato’ Kamaruddin Jaffar. Turut hadir Naib Yang DiPertua PAS BTR, Tn Hj Halid Basir dan Pengerusi MPP Sub Zon 2, Pn Jamilah Husin.

“Sumbangan sebegini telah menjadi tradisi PAS BTR saban tahun, walaupun sebelum ini berada di belah pembangkang. PAS menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira fahaman politik. Dan seharusnya selepas bergabung dan menjadi kerajaan PAS melakukan dengan lebih baik. Buktinya hari ini lebih 100 orang penerima mampu dibantu”, kata Hj Halid dalam ucapan aluannya.

Semoga dengan pemberian bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa terutama mereka yang terjejas pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 ini.

PAS BTR mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk pihak keselamatan PDRM dan DBKL yang membenarkan program ini berlangsung walaupun dengan patuhan operasi standard (SOP) yang ketat. PAS BTR turut mendoakan agar kesemua penerima dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

BackToSchool2021

LajnahKebajikanKemasyarakatanPASBTR

PASBandarTunRazak