Home Berita PAS Selangor

Sumbangan alat peranti memudahkan PdPR – Pengerusi PASTI Kawasan Sepang

139
SHARE

“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

SEPANG, 7 Ogos – Pengerusi PASTI Kawasan Sepang telah turun menyampaikan sumbangan alat peranti yang diterima hasil sumbangan daripada EWANIS Sepang, PASTI Selangor dan juga sumbangan perseorangan kepada guru serta tenaga pengajar PASTI Sepang.

Keperluan peranti seperti komputer riba, tablet dan telefon pintar amat diperlukan khusus bagi menyempurnakan PdPR yang kini segalanya diatas talian.

Antara para penerima yang telah diserahkan peranti tersebut termasuk Muallimah Patimah dari PASTI At-Taqwa, Muallimah Rosita dari PASTI Musleh, Muallimah Azizah dari PASTI Al Huda dan Mualimmah Fadzilah dari PASTI Raudhah.

Semoga sumbangan tersebut dapat menjadi pelincir yang melancarkan lagi PdPR atau pembelajaran secara atas talian sejajar dengan keadaan negara kita sekarang yang berada dalam krisis pandemik COVID-19.

Sumbangan kebajikan untuk guru & aktiviti PASTI Kawasan Sepang boleh disalurkan ke :-

Akaun : PASTI KAWASAN SEPANG
Bank : Affin Islamic Bank
No akaun : 106620001189

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor