Home Berita PAS Selangor

Sumbangan 450 PPE kepada petugas JAMN Selangor dan NGO – PAS Kawasan Kapar

137
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

KAPAR, 1 September – Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) bersama PAPISMA telah menyumbangkan 450 helai Coverall Personal Protective Equipment (PPE) buat para petugas frontliners Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor dan NGO lain yang bertugas di lapangan dalam aktiviti sebagai sukarelawan Decon, pengurusan Jenazah, CAC dan sebagainya.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS), Ustaz Noor Najhan Mohd Salleh dan telah diterima oleh Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor (JAMNS), Tuan Shehdi Hazrik. Turut hadir bersama Pegawai Kewangan KMNS, Tuan Rushdan Rusmi.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Khidmat Malaysia Negeri Selangor dan PAPISMA Selangor atas sumbangan melalui Tabung Bencana COVID-19 yang sangat berharga buat keselamatan para petugas sukarelawan kita.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor