Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kuala Langat | Dewan Pemuda PAS Kuala Langat menyedari angka kematian yang semakin bertambah saban hari semakin membimbangkan dan pastinya banyak memberikan kesan kepada para petugas barisan hadapan dalam urusan pengurusan jenazah Covid-19 khususnya jenazah muslim.
Dewan Pemuda PAS Kuala Langat bersama Khidmat Malaysia telah mengambil inisiatif mencari dana bagi mempermudahkan pengurusan jenazah ini. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor Ustaz Syukri Omar dan turut hadir bersama Ketua Pemuda PAS Kuala Langat Ustaz Hanif Jamaluddin.
Aktiviti ini dijayakan dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kuala Langat dengan Unit Forensik Hospital Banting. Semoga dengan usaha yang sedikit sebanyak ini dapat memudahkan gerak kerja para frontliners negara dalam memikul amanah negara mencapai kemenangan melawan wabak Covid-19.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor