Home Berita PAS Terengganu

Sumbang perangkap kepada JPKK atasi masalah haiwan perosak

164
SHARE

Oleh: Naim Fadhilah Kamaruddin

DUNGUN, 8 Julai – Empat unit perangkap disumbangkan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura kepada wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di DUN tersebut bagi menghindari gangguan haiwan perosak yang mengganggu hasil tanaman penduduk kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, beliau menerima aduan serta rungutan daripada penduduk kampung mengenai haiwan perosak termasuk khinzir sering mengganggu dan merosakkan tanaman.

“Saya mendapat aduan daripada penduduk kampung, masalah khinzir ini banyak kali masuk ke kebun dan mengganggu tanaman penduduk kampung mengakibatkan hasil tanaman penduduk kampung rosak.

” Justeru, kami mengambil inisiatif dengan menyediakan empat unit perangkap khinzir yang sangat berkualiti dan berketahanan tinggi berharga RM1000 bagi setiap unit dan diserahkan kepada wakil JPKK untuk digunakan secara bergilir-gilir di sekitar DUN Sura.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita.

Katanya, dengan sumbangan perangkap tersebut diharapkan tiada lagi masalah haiwan perosak berkeliaran mengganggu penduduk kampung.