Home Berita PAS Terengganu

Sultan Terengganu sertai RTES Endurance Ride May 2023

31
SHARE

SETIU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyertai RTES Endurance Ride May 2023, di Terengganu International Endurance Park (TIEP), di sini hari ini.

Baginda yang memakai jersi nombor sembilan mewakili Royal Terengganu Endurance Stable (RTES), berlumba dalam kategori Championship Endurance National (CEN) 80km bersama 20 peserta lain.

Pelepasan perlumbaan tersebut disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Dato’Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada jam 5.00 petang tadi, diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri DUN Terengganu, Dato’ Yahaya Ali serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Selain itu, turut dipertandingkan adalah CEN 40km melibatkan seramai 50 pelumba.

Kejohanan kali ini juga disertai kira-kira tujuh pelumba antarabangsa iaitu satu pelumba dari Belarus, Great Britain(1), Jerman (3), Singapura (1) dan Indonesia (1).

Berlangsung sejak semalam dengan ketibaan para pelumba, RTES Endurance Ride May 2023 memulakan perlumbaan hari ini dan akan berakhir pada esok.