SETIU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli ke Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
Keberangkatan tiba baginda diiringi oleh Sultanah Nur Zahirah; Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin serta paduka-paduka anakanda.
Turut mengiringi, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nara Setia dan barisan-barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu.
Majlis juga diserikan dengan persembahan kebudayaan daripada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), dendangan nyanyian daripada artis tempatan serta tarian tradisional pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam.
Jamuan yang berlangsung di Kompleks Sukan Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, Setiu itu dihadiri lebih ribuan pengunjung yang terdiri daripada penjawat awam, pelajar-pelajar serta masyarakat setempat.