Home Berita PAS Terengganu

Sultan dan Sultanah Terengganu santuni 400 Fakir Miskin dan OKU

19
SHARE

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis santapan bersama warga istimewa dan fakir miskin sempena sambutan ulang tahun ke-61 hari keputeraan baginda di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Keberangkatan baginda diiringi
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin
dan paduka-paduka anakanda.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat.

Baginda turut menyampaikan sumbangan kepada 400 penerima berbentuk wang tunai berjumlah RM200,000.Masing masing menerima sumbangan RM500 seorang.

Penerima melibatkan 100 yang berdaftar dibawah Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, 200 Orang Kurang Upaya(OKU) bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri dan 100 golongan ibu tunggal bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Salah seorang penerima OKU, Norhayati Mohamed, 43, dari Alor Serdang, Setiu, dia menyifatkan peluang menjejakkan kaki ke istana menjadi kenangan paling berharga buatnya.

“Rasa tu bercampur baur..takut dan gembira dalam satu masa tapi ini saat paling indah dalam hidup saya,” ujar ibu tunggal yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu.

Sementara itu, Husna Abdullah, 43, berkata bantuan yang diterima pada hari ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarganya.

“Kali pertama saya dijemput ke istana dan menerima kurnia dari Sultan dan Sultanah Terengganu, cukup membuatkan saya rasa gembira,” katanya.

Ibu kepada tiga anak yang berusia lima hingga 16 tahun berkata suaminya, Abdullah Mohamad, 45, hanya bekerja sendiri menyebabkan dia meluangkan masa setiap Jumaat untuk sebagai tukang urut refleksologi dengan elaun RM400 sebulan.