Home Berita PAS Terengganu

SUKSEM: Terengganu dinobatkan Juara Keseluruhan

14
SHARE

KUALA TERENGGANU – Sebagaimana dijangka, Terengganu mengesahkan kedudukan sebagai juara keseluruhan Sukan SUK Se-Malaysia kali ke-9 (SUKSEM IX) setelah meraih lapan pingat emas, satu perak dan satu gangsa sepanjang temasya sukan.

Terengganu memenangi emas dalam sukan tenpin boling, boling padang, karom, ping-pong, e-Sport, badminton, sepak takraw dan bola sepak.

Dalam golf, tuan rumah meraih perak dan gangsa menerusi sukan bola jaring.

Kejuaraan itu merupakan gelaran kali ketiga selepas kejayaan dalam SUKSEM kali ke-5 2014 di Pulau Pinang dan SUKSEM kali ke-6 di Johor.

Dalam temasya sukan kali ini, Terengganu mengumpul 89 mata meninggalkan Sabah di tempat kedua dengan 33 mata san dan Perak (30 mata) di tempat ketiga.

Dalam majlis penutup yang berlangsung di Wisam Darul Iman itu, pasukan Sabah dinobatkan sebagai pasukan paling ‘sporting’.

Manakala, pasukan Negeri Sembilan terpilih sebagai pasukan sorak paling dinamik dalam temasya sukan itu.

Dalam kegembiraan meraikan semua kontinjen yang hadir, kerajaan negeri Terengganu turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Abdul Halim Md Daud, atlet Kedah yang meninggal ketika SUKSEM IX berlangsung.