KUALA NERUS – Satu lagi pingat emas berjaya dijelmakan kontinjen SUK Terengganu dalam Sukan SUK Se-Malaysia kali ke-9 (SUKSEM IX), hari ini.
Kali ini, pingat emas kelima Terengganu hadir menerusi pasukan Karom yang berjaya mengatasi Sarawak 3-1 dalam perlawanan akhir, sebentar tadi.
Dalam penentuan tempat ketiga pula, Pulau Pinang akhirnya berjaya meraih gangsa setelah mengheret Perak sehingga ke set penentuan sebelum menang tipis 3-2.
Kejayaan skuad karom mencerahkan peluang Terengganu merebut kembali gelaran juara Sukan SUK Se-Malaysia (SUKSEM) yang kali terakhir dimenangi pada tahun 2016.
Setakat ini, kontinjen SUK Terengganu telah berjaya meraih enam pingat emas masing-masing menerusi e-Sport, tenpin boling, boling padang, karom, ping-pong dan badminton.
Manakala, skuad golf meraih pingat perak dan pasukan bola jaring berjaya ‘memikat’ gangsa.