Home Berita PAS Terengganu

SUKSEM IX Himpun 2,448 Atlet di Terengganu

53
SHARE

KUALA NERUS – Seramai 2,448 atlet dari seluruh negara berhimpun di Terengganu bagi menjayakan Temasya Sukan SUK Se- Malaysia kali ke-9 (SUKSEM IX) yang bermula hari ini.

Temasya sukan dwi tahunan itu mempertandingkan 10 jenis sukan pada edisi kali ini iaitu bola jaring, bola sepak, sepak takraw, badminton, ping pong, tenpin boling, boling padang, golf, karom dan e-sukan.

Dalam acara pembukaan yang berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ir Ahmad Samsuri Mokhtar dengan gimik meletakkan obor SUKSEM IX di pentas utama.

Selaku tuan rumah, kontinjen SUK Terengganu hadir dengan 204 atlet bagi merebut tampuk kejuaraan SUKSEM IX sepanjang empat hari kejohanan berlangsung.

Berdsarkan rekod, SUKSEM pertama kali diadakan pada 2004 dengan lima acara dipertandingkan.

Pada tahun tersebut, kontinjen SUK Sabah muncul sebagai juara sulung.

Manakala, penganjuran edisi terakhir yang berlangsung di Selangor pada 2022 menyaksikan kontinjen SUK Sarawak dinobatkan sebagai juara.