Home Berita PAS Terengganu

SUKMA : Atlet Judo optimis capai target enam emas

15
SHARE

KUALA TERENGGANU – Atlet sukan judo yang akan mewakili Terengganu ke Sukan Malaysia (SUKMA) kini telah berada tahap terbaik dan optimis dapat mencapai sasaran enam emas.

Ketua Jurulatihnya, Marjan Abdullah berkata, 22 atlet yang dipertaruhkan bagi mencapai pingat emas itu merupakan muka baru dan hanya seorang yang pernah mewakili SUKMA dalam edisi sebelum ini.

Ujarnya, peserta paling muda berusia 15 tahun dan tertua berusia 22 tahun melibatkan atlet lelaki dan wanita yang akan beraksi menerusi lapan kategori pertandingan.

“Persediaan atlet kita sekarang ini 95 peratus, semuanya telah bersedia untuk ke Sarawak dan bebas daripada kecederaan.

“Insya-Allah kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk  mencapai misi sekurang-kurangnya merangkul enam pingat emas, sebelum ini kita dapat lima pingat emas.

“Kali ini kita akan cuba leburkan emas baru melalui muka-muka baru yang kita tampilkan dan kesemua mereka telah melalui latihan mencukupi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). semasa menghadiri Majlis Inspirasi SUKMA 2024: Bapa Angkat dan Persatuan Judo Negeri Terengganu, di Dewan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, di sini, semalam.

Dalam pada itu katanya, pihaknya juga turut mengawal pemakanan bagi memastikan kesemua atlet cergas dan mampu memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan itu berlangsung.

“Kita mengharapkan agar emas mampu dicapai sebanyak-banyaknya melalui acara ini dan melepasi target yang kita sasarkan dengan semua atlet kini berada pada tahap mental yang terbaik bagi menghadapi SUKMA pada kali ini,” ujarnya.