Home Berita PAS Terengganu

Sukarelawan Besut Bergabung Tenaga Pastikan Pelajar Tahfiz Selesa Duduki Peperiksaan

4
SHARE

MARANG – Seramai 42 pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Azhar di Kampung Titian Baru, Kedai Buluh mampu menarik nafas lega apabila dapat menduduki peperiksaan akhir tahun dalam suasana selesa sebaik pulang ke asrama.

Pengerusi Khidmat Malaysia Kawasan Besut, Wan Kadir Abd Ghani berkata, 30 petugas daripada Khidmat Malaysia Kawasan Besut dan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Besut melaksanakan operasi ‘Misi Gempur Marang’ yang diadakan seawal semalam.

“hasil bantuan pantas pasukan sukarelawan inisiatif melakukan pembersihan segera itu adalah manifestasi solidariti rentas daerah bagi menyahut seruan Khidmat Malaysia Negeri Terengganu untuk membantu memulihkan fasiliti awam dan kediaman yang lumpuh akibat banjir,

“Fokus utama kami hari ini adalah memastikan asrama dan surau bebas daripada lumpur tebal agar pelajar dapat fokus sepenuhnya kepada ulang kaji pelajaran tanpa perlu memerah keringat melakukan kerja pembersihan,” katanya ketika ditemi di lokasi pembersihan

Sehubunga itu, seorang kakitangan Ma’ahad terbabit, Abdul Rahman Abdullah menyifatkan bantuan tersebut sebagai penyelamat memandangkan banjir kali ini adalah yang terburuk sejak institusi itu dibuka pasca COVID-19 pada tahun 2020.

Jelasnya, paras air naik mendadak di luar jangkaan sehingga memusnahkan barangan dan kitab yang diletakkan di tempat tinggi, termasuk di atas pelantar surau yang sebelum ini dianggap kawasan selamat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong merangkap Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menzahirkan penghargaan kepada petugas luar yang bertungkus-lumus membantu Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong selaku tuan rumah.

“Ustaz merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sukarelawan yang hadir, sama ada menyumbangkan tenaga, masa mahupun bantuan keperluan. Semangat kebersamaan dan kepedulian ini amat dihargai,” katanya menerusi wakil Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong.

Misi Gempur Marang menyaksikan penglibatan petugas Khidmat Malaysia dari seluruh daerah di Terengganu yang berkampung di sini bagi mempercepatkan proses pemulihan pasca banjir.