Home Berita PAS Wilayah

SUKANEKA PASTI KAWASAN BATU 2017 BERLANGSUNG MERIAH

1021
SHARE

BATU MUDA – Hampir 500 anak-anak pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Parlimen Batu telah menyertai Sukaneka Tahunan PASTI Kawasan Batu 2017.

Sukaneka yang menjadi program tahunan ini telah disertai oleh kontinjen-kontinjen dari 7 buah PASTI di parlimen ini; PASTI Ar-Rasyidin, PASTI Ibnu Sina, PASTI As-Siddiq, PASTI As-Syafie, PASTI Al-Mustaqim dan 2 PASTI baru iaitu Al-Qamar dan Little Daie.

Sukaneka ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli keluarga pelajar bagi memberi sokongan moral. Ibu Bapa juga turut diberi peluang untuk berentap dalam acara khas yang disediakan.

Program anjuran Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu ini turut dihadiri oleh Ketua Pemudanya, Ust Mohd Norhan Hamsi bagi menyempurnakan majlis penutup.

PASTI Ar-Rasyidin masih berjaya mengekalkan rekod Johan Keseluruhan dari tahun ke tahun. Tahniah kepada penganjur dan semua yang terlibat dalam program yang penuh gilang-gemilang ini.