Home Berita PAS Perak

Sukaneka acara tahunan PASTI kawasan Taiping

44
SHARE

20 Januari 2024

TAIPING: PASTI Kawasan Taiping telah mengadakan sukan tahunan iaitu Sukaneka PASTI Peringkat PASTI Kawasan Taiping bertempat di Padang Telekom Taiping, semalam.

Kehadiran perserta murid-murid PASTI bersama ibubapa dan pengunjung mencecah hampir seribu orang dari seluruh pelusuk daerah Taiping.

Objektif program ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada anak-anak PASTI tentang aktiviti bersukan.

Selain itu juga, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga PASTI Kawasan Taiping dan secara tidak lansung ia turut mempromosikan PAS kepada ibubapa.

Perasmian program kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Taiping, Encik Ibrahim Bin Ismail.

Dalam ucapannya, beliau berharap agar ibu bapa dan semua yang hadir untuk teruskan menyokong PASTI supaya lebih diterima masyarakat tempatan sekitar Taiping khususnya.

“Anak-anak PASTI adalah aset yang kita harapakan agar membesar menjadi insan soleh dan solehah seterusnya menjadi pelapis generasi untuk agama dan negara,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Program Sukaneka PASTI Kawasan Taiping, Mohamad Fazrul Bin Halim berkata dalam ucapannya, kalah menang satu adat pertandingan dan lebih penting lagi adalah pengalaman yang akan diperolehi oleh anak-anak PASTI.

“Syukur alhamdulillah, acara tahunan sukaneka telah berlangsung dengan jayanya hingga selesai. Tahniah diucapkan kepada PASTI Al-Falah A yang telah merangkul juara keseluruhan dalam sukaneka kali ini dengan pungutan mata sebanyak 200 mata.

“Terima kasih diucapkan kepada seluruh AJK panitia program, Guru PASTI, ibubapa dan semua yang hadir bagi memeriahkan suasana,” katanya lagi.

Turut hadir sama di majlis perasmian ialah Ustaz Mohammad Ainuddin Bin Mohd Ishak selaku Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kawasan Taiping dan Puan Norhanim Binti Mohd Zain Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Taiping.