Kota Bharu, 24 Ogos – Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Selangor mencatatkan kemenangan dalam acara balapan kategori 70 meter dengan catitan masa 10.34 saat.
Adik Ahmad Uwees Al Qorni daripada Sriti Kota Raja telah mengulangi kemenangan pada tahun dengan rekod catitan masa yang lebih baik.
Kejohanan kali ini tidak jauh bezanya dengan tahun lalu di Sungai Petani, Kedah yang masih menggunakan padang rumput bagi kejohanan peringkat kebangsaan.
Oleh yang demikian, beberapa keputusan dan persembahan agak kurang mencapai sasaran kerana struktur padang dan ukuran yang kurang dari segi persediaan.
Namun, Kejohanan kali ini menjadi satu kayu ukur bagi penganjuran kejohanan-kejohanan yang akan diadakan untuk lebih sistematik dan efisyen.
Kejohanan Sukan Sriti kali ini dirasmikan oleh YB Ust Wan Roslan Bin Wan Ahmad pada upacara perasmian penutup yang berakhir jam 3.00 petang disini.