Home Berita PAS Selangor

SUKAN | Selangor Gagalkan Usaha Kedah ke Final

618
SHARE

Kota Bharu 23 Ogos – Sriti Selangor petang tadi mencatat kemenangan bergaya mengalahkan Sriti Kedah dalam Bolasepak peringkat kumpulan siang tadi.

Selangor pada awalnya mencatatkan mata seri dalam perlawanan sebelumnya menjadikan kedah sebagai suntikan semangat untuk terus mencipta kemenangan bertemu melaka.

Selangor menduduki tempat ke 2 dalam kumpulan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah akan bertemu tuan rumah Kelantan pada pertemuan separuh akhir esok.

Manakala Perlis akan bertemu Pulau Pinang dalam satu lagi pertemuan di peringkat separuh akhir.

Manakala dalam acara lain, Bola Jaring juga mencatatkan keputusan yang memberansangkan mengikat mata seri dengan Perak yang akhirnya layak ke pusingan seterusnya.

Esok adalah hari terakhir yang akan menjadi penentuan bagi Selangor untuk mencatatkan kemenangan seterusnya mengekalkan takhta juara bertahan.