Home Berita PAS Pahang

Sukan PASTI melahirkan pelajar sihat minda dan fizikal 

243
SHARE

Oleh : KASDI KOSMIN

INDERA MAHKOTA, 9 Jul – Sukan merupakan sebahagian dari sukatan ko-kurikulum pendidikan PASTI bagi memupuk kesihatan fizikal dan minda pelajar.

“Islam menitikberatkan pendidikan kesihatan dengan aktiviti sukan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja mempunyai kekuatan mental, tetapi juga kekuatan fizikal agar dapat bergerak cergas menjalankan aktiviti harian,” kata Penyelaras DUN Semambu Ustaz Zulfadli Zakariah.

Beliau berkata demikian semasa menyaksikan Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Kawasan Indera Mahkota Edisi 2024 di Stadium Futsal Polo Indera Mahkota 8 di sini kelmarin.

Sementara itu Pengarah Program Rahimi Roslan berkata, kejohanan kedua-dua sukan tersebut disertai seramai 21 pasukan PASTI dalam Parlimen Indera Mahkota.

Beliau melahirkan rasa penghargaan kepada guru-guru dan Ahli Jawatankuasa PASTI yang telah berkerja keras dan bertungkus lumus bagi menjayakan program tersebut serta kerjasama yang baik dari ibu bapa.

Johan bola sepak pada tahun ini telah dimenangi oleh PASTI Luqman Al Hakim Kampung Padang, naib johan adalah PASTI Ibnu Khaldun Chengal Lempong, tempat ketiga PASTI Al-Huda Bandar Damansara Kuantan dan tempat keempat adalah PASTU Addeen Balok Makmur.

Manakala johan bola jaring adalah PASTI Ibnu Khaldun Chengal Lempong, naib johan adalah PASTI Aulad Assolihin Indera Mahkota 2, tempat ketiga adalah PASTI Luqman Al-Hakim Kampung Padang dan tempat keempat adalah PASTI Addeen Balok Makmur.

Juara keseluruhan bola sepak dan bola jaring kawasan Indera Mahkota adalah PASTI Ibnu Khuldun Chengal Lempong.

Sementara itu Guru Besar Pasti Luqman Al Hakim, Siti Nur Hadiyattun Ashiqin Setermizai melahirkan rasa terharu di atas kejayaan sekolahnya mendapat johan pertandingan bola sepak buat kali keduanya yang disifatkan sangat istimewa bertepatan dengan Hari Maal Hijrah1446.