Home Berita PAS Terengganu

Sukan air curi tumpuan rakyat

23
SHARE

KUALA NERUS – Pertandingan Sukan Air Sempena Sambutan 25 Tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu (Jubli Perak) telah mencuri tumpuan ramai.

Acara penuh gilang gemilang itu telah diadakan di Jeti Pengkalan Jeram, Tepuh bermula 9.15 pagi.

Pelbagai acara dipertandingkan melibatkan lapan pejabat daerah dan lapan komuniti antaranya ialah Perlumbaan Perahu Panjang (Dragon Boat), Tangkap Itik, Gusti Air dan Panjat Tiang Licin.

Kemuncak program berkenaan telah dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim.

Dalam program terbabit, Daerah Kuala Terengganu telah muncul juara Perahu Panjang.