Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Sugarbook: Tahniah SKMM Bertindak Segera

587
SHARE


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Sugarbook: Tahniah SKMM Bertindak Segera

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah dan terima kasih atas tindakan pantas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman web Sugarbook.

Sekatan yang dibuat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ini merupakan langkah proaktif dan paling tepat bagi mengekang gejala pelacuran daripada terus merebak terutamanya dalam kalangan wanita muda.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang cakna dan memberi sokongan padu dalam usaha membanteras gejala maksiat di Malaysia.

Tindakan ini merupakan amaran dan bukti kesungguhan kerajaan dan rakyat Malaysia dalam menolak budaya yang merosakkan akhlak dan moral rakyat Malaysia.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
15 Februari 2021 | 4 Rejab 1442