Home Berita PAS Wilayah

Sugarbook & Pelajar IPT: Mohon ambil tindakan serius

529
SHARE

Oleh : NURUL NADIYAH

PUDU, 16 Februari – Satu laporan polis dibuat ke atas laman web Sugarbook oleh AJK PAS Kawasan Titiwangsa di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur pagi semalam.

Dalam laporan tersebut, PAS Kawasan Titiwangsa menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan serius terhadap laman web Sugarbook dan mereka yang terlibat.

“Paling membimbangkan ialah pelajar-pelajar dari Institut Pengajian Tinggi turut tersenarai daripada 14,000 orang dalam aplikasi tersebut,” kata Naib Yang DiPertua, Mohd Suhaimi bin Abdul Aziz.

“Tambahan pula, hal ini boleh mengundang gejala sosial yang dahsyat. Apatah lagi melibatkan para pelajar terutama pelajar wanita yang menjadi bahan pelacuran,” tegas AJK PAS Kawasan Titiwangsa, Haji Hoslan bin Hussin.

PAS Kawasan Titiwangsa sekali lagi menegaskan bahawa laman web sosial, Sugarbook ini, disiasat dan diharamkan agar para pelajar dapat diselamatkan daripada pelacuran.