Home Rencana PAS Wilayah

Suara Rakyat Jangan Dipijak, Hak Penduduk Wajib Dipertahan!

4
SHARE

Dewan Pemuda PAS Kawasan Seputeh menzahirkan kebimbangan dan rasa tidak puas hati terhadap perkembangan mutakhir melibatkan cadangan pembangunan semula Flat KEP Blok 1 hingga 5 di Kuchai Lama oleh pihak pemaju tertentu.

Kami difahamkan bahawa terdapat usaha pemaju untuk mengambil alih kawasan ini dan menawarkan projek pembangunan semula berbentuk kondominium.

Malangnya, usaha ini didakwa dilakukan tanpa rundingan menyeluruh atau persetujuan rasmi daripada majoriti penduduk yang merupakan pemilik sah unit-unit sedia ada.

Kami menegaskan perkara berikut:

1. Pembangunan tanpa persetujuan adalah penindasan. Rakyat bukan bahan eksperimen projek perumahan mewah yang akhirnya menguntungkan segelintir dan menindas ramai.

2. DBKL tidak boleh menjadi alat pemaju. Kami mendesak agar DBKL tampil memberikan penjelasan telus, bukannya hanya mengikut telunjuk pemaju.

3. Hentikan segera sebarang proses kelulusan. Sebarang cadangan pembangunan semula mesti ditangguhkan sehingga sesi penerangan dan libat urus dilakukan secara adil dan terbuka.

4. Prioriti mesti diberi kepada pemilik asal. Segala bentuk pembangunan semula mesti menjamin hak, kepentingan, dan masa depan penduduk asal tanpa sebarang kompromi.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Seputeh berdiri teguh bersama rakyat. Kami tidak akan berdiam diri terhadap sebarang bentuk ketidakadilan. Kami akan terus mendesak, membela dan mempertahankan hak penduduk demi memastikan pembangunan tidak menjadi alat penindasan.

InshaAllah, suara rakyat akan terus kami perjuangkan.