Home Artikel PAS Perlis

SU Agung PAS Rasmi Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia

116 views
SHARE

Oleh : Nur ‘Iffah

KANGAR : Bertemakan ‘Guru Murabbi Penyatu Ummah’, Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2019 telah berlangsung dalam suasana penuh warna-warni negeri bertempat di Hotel Seri Malaysia Kangar, dekat sini pada 28 Jun lalu.

Acara sambutan berkenaan dihadiri oleh lebih 300 orang peserta dari seluruh negara. Turut hadir ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia,  Ir Hj Khairil Nizam Khirudin dan Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat.

Majlis Perasmian sambutan pada kali ini disempurnakan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan.

Dalam ucapannya, beliau menekankan sistem pendidikan yang efektif memerlukan tiga sifat murni dari seorang pendidik; peribadi yang baik, teladan yang baik dan memiliki tahap profesionalisme yang tinggi.

“Kita mahu PASTI menjadi institusi pendidikan yang berkualiti yang berada pada tahap tertinggi pada pandangan masyarakat.

“Di samping meningkatkan kuantiti, kita mahukan kualiti akademik dan kepimpinan dalam anak-anak PASTI turut terjaga,” ujar beliau.

Turut disentuh, peranan tarbiyah oleh para guru dalam membangunkan kekuatan dalaman para pelajar PASTI yang bakal mewarisi perjuangan, yang perlu dipupuk sejak mereka kecil.

Sempena sambutan kali ini, beberapa anugerah turut diberikan kepada para guru PASTI yang telah memberikan komitmen dan hasil kerja yang cemerlang, antaranya Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat 2019, Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri 2019, Anugerah Siti Khadijah PASTI Malaysia 2019 dan Anugerah Tokoh Guru PASTI Malaysia 2019.