Home Berita PAS Pulau Pinang

Street Dakwah” PAS Kawasan Permatang Pauh Dekati Masyarakat Bukan Islam

1154
SHARE

Penulis : Khatijah Abd. Hamid

KUBANG SEMANG | 4 November 2017.

Lajnah Dakwah Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PAS Kawasan Permatang Pauh meneruskan misi dakwah Islam dengan menyantuni kaum cina melalui program “Street Dakwah” selaras dengan konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Menyedari akan tanggungjawab untuk mendekati masyarakat bukan Islam, program sebegini telah sekian lama dijalankan di sekitar Permatang Pauh dan tetap diteruskan dari masa ke semasa walaupun bukan pada musim kempen pilihanraya sahaja.

Seawal jam 9 pagi, petugas PAS kawasan berkumpul di dataran Masjid Kubang Semang.
Beberapa pimpinan PAS Negeri dan Kawasan turut dilihat hadir pada hari ini. Di antaranya Tn. Hj.Amir Hamzah selaku Ketua Lajnah Dakwah PAS Negeri Pulau Pinang, merangkap Ketua Pengarah JPrK, Tuan Hj. Nor Azman Merican, selaku AJK Lajnah Dakwah PAS Negeri Pulau Pinang, Tn Hj.Asree Jusoh selaku Naib YDP PAS Kawasan Permatang Pauh, Ustaz Badrul Abd.Rahman selaku Ketua Urusan Ulama Kawasan, Ir.Ahmad Rafaie selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan, dan Ustazah Norhafizah Saad selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan.

Program dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah Program Tuan Hj.Amir Hamzah. Beliau menyatakan bahawa program ini diadakan sebagai satu usaha menyambung kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. demi mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada sinar cahaya Islam.

Seterusnya, diikuti dengan ucapan Tuan Hj. Nor Azman Merican.
Beliau menekankan supaya kita menyampaikan dakwah dengan berhikmah agar dapat memikat hati setiap mad’u yang ditemui. Setiap muslim bertanggungjawab untuk menyampaikan dakwah kepada orang bukan Islam dan tanggungjawab ini akan dipersoalkan dihari akhirat kelak samada telah dilaksanakan atau tidak.

Usai taklimat, jam 9.30 pagi petugas mula bergerak ke Perkampungan Cina di Mukim 20 Kubang Semang diikuti pula ke Pekan Penanti. Kedatangan petugas-petugas turut membawa beg saguhati sumbangan PAS Negeri dan Kawasan yang mengandungi beberapa risalah dan kuih.

Berakhirnya program pada hari ini, amat diharapkan agar kerja-kerja dakwah ini diteruskan dari masa ke semasa demi memberi kefahaman tentang prinsip Islam dan keindahannya kepada masyarakat bukan Islam seterusnya mereka akan berasa selamat dan tidak takut untuk memberi sokongan kepada usaha-usaha mengharmonikan negara dengan cara Islam.