Home Berita PAS Pulau Pinang

Street Dakwah PAS Kawasan Permatang Pauh Dekati Masyarakat Bukan Islam DUN Penanti

1451
SHARE

Oleh: Khatijah Abd Hamid

KUBANG SEMANG | 31Disember 2017 | Ahad

Lajnah Dakwah Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PAS Kawasan Permatang Pauh meneruskan misi dakwah Islam dengan menyantuni kaum cina melalui program “Street Dakwah” selaras dengan konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera.     

Menyedari akan  tanggungjawab untuk mendekati masyarakat bukan Islam,  program sebegini telah sekian lama  dijalankan di sekitar Permatang Pauh dan tetap diteruskan dari masa ke semasa walaupun bukan pada musim kempen pilihanraya sahaja. 

Seawal jam 9 pagi, petugas PAS kawasan  berkumpul di dataran Masjid Kubang Semang.

Pimpinan PAS Negeri dan Kawasan serta Unit Amal turut hadir pada hari ini. Di antaranya  Ketua Lajnah Dakwah PAS Negeri Pulau Pinang, merangkap Ketua Pengarah JPrk Amir Hamzah,  Ketua Penerangan Urusan Ulama Kawasan Ustaz Zakaria Hamzah serta   Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh Ustazah Norhafizah Saad dan petugas dari Unit Amal serta ARC yang banyak membantu dalam segala aspek.

Program dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah Program Tuan Hj. Amir Hamzah. Beliau menyatakan bahawa program ini diadakan sebagai satu usaha menyambung kerja-kerja dakwah  yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. demi  mengeluarkan manusia  dari kegelapan kepada sinar cahaya Islam dan juga sempena sambutan tahun baru 2018.

Seterusnya, diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Zakaria Hamzah

Usai taklimat, jam 9.30 pagi petugas  mula bergerak ke Perkampugan Sg.Lembu, Market Berapit dan Perumahan Berapit yang merupakan kawasan pengundi DUN Penanti.

Ini merupakan sejarah dalam gerakerja dakwah dan pilihanraya, bilamana buat pertama kali kami hadir untuk bertemu dan kedatangan petugas-petugas disambut baik oleh penduduk tempatan disini yang turut membawa  beg saguhati sumbangan PAS Negeri dan Kawasan yang mengandungi beberapa risalah dakwah, kuih serta buah-buahan.

Berakhirnya program pada hari ini, amat  diharapkan agar  kerja-kerja dakwah ini diteruskan dari masa ke semasa demi memberi  kefahaman tentang prinsip Islam dan keindahannya kepada  masyarakat bukan Islam seterusnya mereka akan berasa selamat dan tidak takut untuk memberi sokongan kepada usaha-usaha mengharmonikan negara dengan cara Islam.

Sebanyak 200 bag telah  disampaikan oleh petugas- petugas yang turut serta dalam program ini.

Majlis selesai dengan bacaan doa penutup oleh Ustaz Zakaria Hamzah.