Home Uncategorized

Strategi perjuangan ulama Sarawak

80
SHARE

Jika kita menelusuri sejarah sebelum kedatangan Brooke. Agama Islam yang dianuti oleh orang-orang Melayu di Sarawak terpelihara dengan sistem pemerintahan bersultan sebagai sebagai sebuah kerajaan.

Apabila James Brooke memerintah, rakyat dipisahkan dari golongan Sherif yang ternyata banyak jasa dalam berdakwah dalam masyarakat (Hashim,1983:40). Ini menjadi kembimbangan masyarakat Melayu sebagai sebuah masyarakat yang telah lama membina tamadun di bumi Darul Hana ini.

Kemunculan agamawan perintis kepada strategi mengukuhkan kedudukan agama Islam iaitu Datuk Hakim Keramat telah menyebabkan agama ini serta institusi yang sah secara undang-undang ada sehingga hari ini (Yusuf N. et al. , 2011)

Berdasarkan penilitian, dua strategi utama yang digunakan oleh Datuk Hakim Keramat ketika itu. Pertama, berada dalam institusi pembuat dasar kerajaan. Pada tahun 1868 beliau telah dilantik sebagai Tuan Hakim iaitu ketua agama bagi orang Islam Sarawak. Segala keputusan dan urusan agama Islam adalah dibawah kata putus Datuk Hakim.

Kedua, pengkaderan anak-anak tempatan sebagai waris kepada perjuangan dengan mendekatkan rakyat kepada budaya ilmu. Selain anak-anak beliau yang hebat, anak angkatnya juga telah menjadi ulama Tanah Haram yang terkenal iaitu Syiekh Uthman Abdul Wahab As-Sarawaki.

Betapa kuatnya kesan gerakan “diplomasi” di Sarawak berbanding konfrantasi yang sesuai digunakan oleh ulama di Tanah Melayu, sehingga hari ini institusi Islam dan masyarakatnya dapat dilindungi secara bersistem dalam sesebuah kerajaan samada undang-undang tubuh negeri atau persekutuan (Wan Saghir, 2009, Ismail & Farah 2003)

Cabaran kita mendatang adalah dari kita sendiri. Anak-anak muslim Sarawak perlu peka, agresif dan cakna kepada keperluan semasa. Kita telah melalui perpecahan yang telah menyebabkan kuasa politik bumiputera muslim ini jatuh seketika pada tahun 1959. Kemudian bangkit mengetuai perjuangan “rakyat Sarawak” atas nama Parti Bumiputera pada tahun 1968.

Warna-warni bangsa yang ada bumi Sarawak ini bukan alasan untuk liberalisasi kepada perjuangan dan sudah tentu juga bukan menjurus kearah eksklusiviti kerana ia akan menyebakan kita dipandang sebagai “religious bigotry”. Keutamaan kita adalah sama dari dahulu sehingga kini. Membawa rahmat di seluruh pelusuk bumi Sarawak.


Foto: Bangunan Dewan Undangan Negeri

Zharudin Narudin
Ketua Penerangan PAS Negeri Sarawak