Home Berita PAS Selangor

Stesen bas jadi tempat PAS bantu agih 450 bungkus ayam beku – PAS Kawasan Sungai Besar

139
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Shahril Rizal Saidon

SUNGAI BESAR, 22 Ogos – PAS Kawasan Sungai Besar petang semalam bersama Yang Berhormat Cikgu Muslimin Bin Yahaya, Ahli Parlimen Sungai Besar telah menyerahkan 450 bungkusan ayam beku dalam satu pertemuan bersama masyarakat di Stesen Bas Kampung Binjai, Merbau Berdarah.

Beberapa ahli PAS dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional turut berada di lokasi untuk membantu mengagihkan sumbangan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Besar bermula sejak jam 3.00 petang dan berlansung hampir 1 jam.

Sumbangan turut disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Besar, Ustaz Haji Mohd Fadzin bin Taslimin yang turut serta berada di lokasi bersama isteri bagi membantu jentera PN.

“Mudah-mudahan program ini dapat membantu meringankan beban masyarakat setempat yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan,” katanya.

Dalam Menyampaikan 450 bungkus ayam beku, Sebahagian pasukan turut dikerahkan menyampaikan sumbangan Bakul Prihatin Negara di lokasi yang berlainan.

Turut serta dalam sumbangan adalah Ketua Dewan Ulama, Ketua Muslimat, Ketua Penerangan PAS Kawasan Sungai Besar.

“Buat seluruh penduduk Sungai Besar, teruskan bersabar dan kita bersama melawan wabak COVID-19 ini dengan penuh keyakinan dan penyerahan kepada Allah SWT.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor