Home Berita PAS Terengganu

Status ADUN Bukan Penghalang Bertugas Sebagai Ejen Pusat Mengundi di Kemelah

188
SHARE

Oleh : Baity

Kemelah, 12 Mac : Pilihanraya Negeri Johor yang berlangsung hari ini mencatatkan kenangan apabila seorang wakil rakyat atau ADUN menjadi petugas sebagai Ejen Pemerhati Barung di Sekolah Menengah Bandar Putra.

YB Zuraida Md Nor yang merupakan ADUN Wanita Terengganu telah berada di DUN Kemelah sejak seminggu yang lalu bagi menyokong dan mengiringi Cikgu Normala Sudirman yang menjadi calon Perikatan Nasional di sini.

Ketika ditanyakan situasi di pusat mengundi berkenaan, YB Zuraida yang mesra dipanggil Kak Da memaklumkan suasana tenang dan tidak kelihatan petugas atau Ejen Pemerhati Barung dari parti lain, cuma Perikatan Nasional sahaja. Namun, dari sudut kuantiti bendera, jelas dimenangi oleh Barisan Nasional.

“Kak Da hairan sebab tidak ternampak kelibat petugas dari Puteri atau MUDA. Cuma tadi ada petugas berbangsa India dari Parti Barisan Nasional di luar pusat mengundi kelihatan mengedarkan air mineral kepada pengundi dan telah ditegur SPR dan mereka bersurai”

“Mood pengundi juga kelihatan suram dan tidak serancak di Negeri Terengganu, di sebelah petang lebih ramai pengundi muda berpakaian seragam kerja atau coverall menandakan mereka baru pulang dari kerja”.

YB Zuraida sempat menyantuni pengundi yang hadir. Antara ulasan mereka mengenai Cikgu Mala ialah “Cikgu Mala sememangnya orang yang sangat baik dan antara keluarga terbaik di FELDA ini, namun kami terikat dengan Barisan Nasional dan juga bantuan FELDA yang mungkin akan disekat sekiranya menunjukkan sokongan secara jelas”

“Peratusan keluar mengundi dilihat agak perlahan dan tidak rancak berbanding Pilihan Raya Negeri Melaka”, ulas YB Zuraida lagi yang ditemui selepas Pusat Mengundi ditutup pada jam 6 petang tadi.