Home Artikel PAS Wilayah

SRITI WP Terus Mencetak Kader Dakwah

969
SHARE

8 Oktober : Telah berlangsung Temasya Sukan Tahunan SRITI WP Kali ke-2 yang melibatkan 2 buah SRITI (SRITI WP dan SRITI Abu Bakar Chik) dan 2 buah kelas SRITI (SRITI An-Nahli & SRITI Ibnu Sina) di Wilayah Persekutuan. Temasya ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah SRITI Pusat, Ustaz Mohamad bin Ismail di Padang Sekolah Kebangsaan Taman Sri Rampai.

  

   

SRITI di Wilayah Persekutuan telah masuk ke tahun yang ketiga. SRITI semakin mendapat perhatian daripada ibu bapa yang inginkan pendidikan terbaik buat anak-anak mereka. Saban tahun pihak SRITI akan mendapat pertanyaan berkaitan pendaftaran kemasukan pelajar baru bukan sahaja pelajar Darjah 1, malah Darjah 3 ke atas.

Kurikulum bersepadu SRITI merangkumi aspek aqidah, sains dan ilmu akademik membolehkan visi SRITI iaitu “Melahirkan Generasi Soleh Pintar Rabbani” dilaksanakan. Selain sesi pembelajaran, SRITI juga komited untuk menganjurkan pelbagai aktiviti sesuai dengan jiwa kanak-kanak bagi membantu perkembangan otak mereka seperti bersukan, memanah, berkuda, berenang, lawatan sambil belajar, kursus untuk anak-anak dan ibu bapa, kelas insentif tahfiz dan lain-lain.

      

Sokongan dan kepercayaan daripada pelbagai pihak terutama ibu bapa telah membuktikan SRITI mampu berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah kerajaan yang sedia ada. Pertambahan premis dan bilangan SRITI di Wilayah Persekutuan akan dibuat secara berperingkat-peringkat bagi memastikan semua parlimen mempunyai sekurang-kurangnya sebuah SRITI.