Home Artikel PAS Pahang

SRITI Rompin dikunjungi Ketua Ulama Pusat

493
SHARE

3 Oktober 2020
Penulis: Syed Razman B Syed Mohamed.

Rompin :: SRITI Rompin telah menerima kunjungan hormat dari Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Ustaz Nik Mohamad Zawawi Bin Salleh.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengerusi SRITI Kawasan Rompin Hj Abd Aziz Bin Abd Hamid dan kesempatan ini diambil sempena kehadiran beliau atas urusan kerja.

Beliau juga mendoakan agar SRITI Rompin terus berjaya di samping menyampaikan sedikit sumbangan produk muslim sebahagian dari kempen utamakan BMF yang semakin dilupakan.

Semoga kehadiran dan lawatan ini menjadi pemangkin semangat untuk pelajar-pelajar lebih cemerlang serta guru-guru berkhidmat dengan lebih dedikasi.