Home Artikel PAS Perlis

SRITI Perlis Raih Emas Pertandingan Saintis Muda

222
SHARE

Oleh: Amirul Syakirin

KANGAR: Pasukan Sekolah Rendah Islam Al Furqan (SRITI Perlis) berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan Saintis Muda sempena Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Peringkat Negeri Perlis pada 14 Oktober lalu.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari, bermula 12 Oktober itu dianjurkan bersama Sekolah Kebangsaan Kampung Salang, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

Karnival berkenaan diadakan bagi mencetuskan budaya rekacipta dan inovasi, selain memberi kesedaran terhadap kepentingan STEM kepada murid, guru dan masyarakat setempat.

Selain acara Saintis Muda, pasukan SRIAF juga turut bertanding dalam acara roket sasaran, kuiz dan memasak.