Home Berita PAS Sabah

SRITI kesinambungan terbaik buat graduan PASTI

80
SHARE

Oleh: Fatiha Mohammad
13 Februari 2023

KINABATANGAN: Graduan PASTI yang mahu menyambung pelajaran dalam suasana yang baik mengikut ruh Islam seperti di PASTI, digalakkan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI).

Pengerusi PASTI Kawasan Kinabatangan, Jumaidin Lakalla berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Anugerah Prestasi (MAP) PASTI dan SRITI di Dewan Lantana Sekolah Bukit Garam 2, semalam.

Majlis ini diadakan untuk meraikan murid 6 tahun yang akan menamatkan pembelajaran di PASTI dan pelajar SRITI yang mempunyai keputusan cemerlang berdasarkan pencapaian akademik mereka.

“Sabah telah memiliki sebanyak 8 buah SRITI termasuk yang terdapat di Kampung Jaya Baru yang beroperasi di tapak dan banggunan baharu awal tahun lepas.

“Kini SRITI Kota Kinabatangan mencatatkan pertambahan pelajar yang semakin baik dengan suasana biah solehah semasa di PASTI dikekalkan disamping persekitaran yang lebih kondusif.

“Justeru, Dewan Pemuda PAS Kinabatangan dibawah Lajnah Pendidikannya selaku penyelaras PASTI dan SRITI membuka ruang dan peluang kepada graduan PASTI untuk terus bersama kami,” ujarnya lagi.

Diakhir ucapan beliau melancarkan tabung wakaf untuk membeli 3 lot tapak rumah di Kampung Perpaduan Batu Puteh untuk membina satu lagi bangunan PASTI.

“Bagi yang mahu turut sama dalam jihad pendidikan ini dan mahu menyumbang, boleh buat pindahan wang ke akaun rasmi BSN PASTI Kawasan Kinabatangn, 1213441000022195 dan maklumkan secara wthasapp di nombor 601128937015,” tambahnya lagi.